tahukah engkau ketika kita berjalan seiring
belakang tangan kita aysik bergesel sahaja
ia bersentuhan lalu menjauh semula
malah dalam waktu yang singkat
dikau teramat kurindukan
aku bertanya 'sudikah kau menjadi teman lelakiku'
kerana bimbang tidak bisa bertemumu semula
dengan ragu kulafazkan pengakuanku yang menggentarkan
tiada sesiapa yang akan menyintaimu setanding aku
ku gengam tanganmu yang berselisihan denganku
dan kuingin berjalan denganmu
apakah ia kebetulan atau kau juga seperti aku
mengharap moga ia kembali bergesel semula
ia bersentuhan lalu menjauh semula
sekali lagi tanganmu didekati oleh tanganku yang menggeletar
tiap detik kurasa ia jadi bertambah singkat sering berubah waktunya
kini sukar rasanya untukku menlepaskanmu pergi
hatiku jadi tegang dan seakan mahu saja meledak
tanpa berfikir ragu-ragu kupaut saja tanganmu yang bergesel denganku
tanpa kata pendangan kita bertaut
sambil berpengangan tangan jalan disusur
mengapa ku rasa aneh begini meski jalan ini telah berkali kususuri
perasaan ku cukup sibuk sekadar mendengar degupan suara hati
sebelum perasaan ku pudar , akan kukhabarkan
ku teguhkan hatiku 'jadilah teman hidupku sekarang'
No comments:
Post a Comment